|
Siti menang Album Terbaik AIM14
Satu lagi kategori utama yang menjadi perhatian dalam AIM14 ialah Lagu Terbaik yang menyaksikan pihak juri sebulat suara memilih lagu Juwita...Citra Terindah ciptaan M Nasir, sekali gus mengetepikan dua calon lain iaitu Audi Mok dan Ross Ariffin. Album Sean Ghazi, Semalam yang menerima lapan pencalonan dalam pelbagai kategori, tercicir daripada senarai Album Pop Terbaik, tetapi memenangi kategori Artis Baru Terbaik. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) buat sekian kalinya berpihak kepada Jaclyn Victor yang menyerlah menerusi album Inilah...Jac. Kegemilangan AIM14 yang disiarkan secara langsung oleh ntv7 bertambah meriah dengan persembahan hebat daripada artis popular tanah air seperti Anuar Zain, M Nasir, Mawi, Rabbani, Ramli Sarip, Reshmonu, Sean Ghazi, Sofaz dan kumpulan popular dari Indonesia, Samsons. Penganjur AIM14 ialah Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Sementara itu, kumpulan Samsons mengungguli Album Indonesia Terbaik menerusi Naluri Lelaki, Raihan menang Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album, manakala Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Semalam dimenangi Sean Ghazi.
yes2..siti menang album terbaik...cayalah!!!!x sia2 dgr lgu die ari2:) |
| Leave a Comment: |